Monday, May 10, 2010
Fikrah dan Ideologi Semasa
Agama adalah sistem sejagat. Diturunkan kepada makhluk sebagai sistem hidup. Supaya makhluk mencapai apa yang dikehendaki oleh Tuhan mereka. Tuhan makluk adalah sama kerana mustahil ada Tuhan lain yang mencipta bagi satu-satu spesis makhluk. Isu yang berkisar dalam satu jenis spesis makhluk tuhan iaitu manusia adalah agama mana yang benar-benar daripada Tuhan. Semua agama mendakwa mereka benar kerana bukti tiada di depan mata. Ada satu ideologi yang dibawa oleh Ayah Pin iaitu pemimpin ajaran langit telah melakukan usaha untuk menyatukan agama-agama di dunia. Caranya memang bagus, tetapi matlamatnya tidak menepati kehendak Tuhan. Samar-samar dan membawa kepada kecelaruan yang lebih parah, bahkan kesesatan yang nyata. Agama manakah yang BENAR ???? Kajilah sendiri menggunakan sumber yang benar, hati yang tulus dan terus melihat kepada ajaran agama itu. Usah dilihat kepada penganutnya. Pasti anda mendapat jawapannya. Tuhan tidak akan biarkan anda terkapai-kapai tiada haluan. Jika anda seorang yang tulus, pasti dibantu oleh Tuhan yang Maha Kuasa.
Subscribe to:
Comments (Atom)