Tuesday, March 22, 2011

Bukan Semua Orang Faham Sistem Perbankan Islam

Assalamualaikum.
Saya pernah ditanya oleh pegawai bank konvensional yang bukan beragama Islam: 'kenapa you tak mau kad kredit yang guna sistem konvensional? apa beza islam punya dan konvensional punya? yang islam punya tiada interest ka?
Saya jawab; "Yang islam punya dengan konvensional punya ialah dari segi kontrak..dia terus cakap: "kami punya tiada kontrak"..........dalam hati saya berkata: Dia ni salah faham dah ni...maksud aku kontrak tu akad...Lalu saya cakap sama dia: "I just want to follow my religion guides"..dia cakap: okay i understand.

Ada seorang makcik tanya pak ustaz semasa rancangan diskusi agama sebuah stesen tv. Apa beza perbankan Islam dengan Konvensional? Perbankan Islam pun ada interest. Konvensional pun ada interset..sama saja..

Situasi ini menunjukkan bahawa tidak semua orang Islam faham akan Perbankan Islam. Bahkan pengguna Perbankan Islam pun ada yang tidak faham. Apatah lagi orang yang bukan Islam.